PERIHAL KAMI
LATAR BELAKANG

Koperasi Serbaguna Kakitangan LKTNS Berhad telah ditubuhkan dan didaftar pada 19 September 1989 di Sandakan.

Pada tahun 2000, nama Koperasi telah ditukar kepada Koperasi Serbaguna Kakitangan Sawit Berhad dan kemudian pada tahun 2010 sekali lagi nama Koperasi ditukar kepada nama Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad.

Ahli- ahlinya dianggotai oleh kakitangan di bawah Syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu Sendirian Berhad, termasuk Borneo Samudera Sdn. Bhd, sebahagian Kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan juga kakitangan tetap yang berkhidmat sepenuh masa dengan Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad.

VISI & MISI
Memantapkan dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan menerapkan budaya berdaya saing bagi meningkatkan keuntungan Koperasi dan taraf sosio-ekonomi anggota.

OBJEKTIF
Untuk meningkatkan kepentingan anggota mengikut prinsip-prinsip Koperasi dan menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.

Galeri

Hakcipta © 2015 Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad | Web Design by TMBIZ NETWORK